| 0 comments ]

20 Disember, 2008 - Labuan FM telah menganjurkan sebuah konsert Muzikarama Tradisional yang mengetengahkan persembahan nyanyian dan muzik tradisional. Konsert tersebut yang bermula pada jam 8 malam dan mengambil tempat di Plaza Arena, Kompleks Sukan Air Antarabangsa menarik perhatian pengunjung yangmula membanjiri kawasan plaza seawal jam 7.

Antara yang mengambil bahagian dalam konsert tersebut ialah artis - artis tempatan dan juga artis jemputan dari Semenanjung.

Selain daripada persembahan instrumental, warga kerja Labuan FM yang terlibat dengan program Edidih yang sering diudarakan di LabuanFM setiap hari jam 3 petang turut mempersembahkan sketsa pendek. Buat pertama kalinya, Awang Sembilan diperkenalkan kepada pendengar setia Labuan FM.

Konsert tersebut berakhir pada jam 11 malam.

0 comments

Post a Comment